Kelebihan

KELEBIHAN PEMETAAN I-THINK


  • Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Melalui pemetaan i-think, pelajar lebih terdorong untuk berfikir melalui skop yang lebih meluas hanya melalui nota dan peta yang ringkas namun padat dengan maklumat. Ia juga meningkatkan daya imaginasi pelajar supaya berfikir di luar kotak.
  • Peta i-think dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu pembelajaran. Nota yang ringkas namun padat memudahkan pelajar memahami sesuatu subjek secara mudah sekaligus meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran di sekolah.
  • Ia juga meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap sesuatu fakta kerana ringkasan peta terhadap fakta pembelajaran. Apabila pembelajaran lancar kerana pelajar mudah mengingati sesuatu fakta, pelajar akan berasa seronok dan tidak mudah tertekan dengan sebarang soalan yang ditujukan. 

Comments