Peta Pemikiran

PETA PEMIKIRAN

Peta pemikiran adalah pengelasan alat berfikir pemetaan i-think yang telah dibahagikan kepada 8 bahagian iaitu peta bulatan, peta buih, peta buih berganda, peta pokok, peta dakap, peta alir, peta pelbagai alir dan peta titi.

1. Peta bulatan 


-Digunakan untuk menyenaraikan semua maklumat atau idea berkaitan satu konsep atau tajuk yang dibincangkan.


2. Peta buih

-Digunakan untuk menyenaraikan kata sifat atau adjektif berkaitan sesuatu konsep atau tajuk yang dibincangkan. 


3. Peta buih berganda 

-Digunakan untuk menyenaraikan persamaan dan perbezaan berkaitan sesuatu konsep atau tajuk yang dibincangkan.


4. Peta pokok

-Digunakan untuk mengkategorikan atau mengkelaskan sesuatu konsep atau tajuk yang dibincangkan.

 5. Peta dakap

-Digunakan untukmenilai atau menganalisis sesuatu konsep atau tajuk secara mendalam dan menghubungkaitkan dengan bahagian - bahagian berkenaan.


6. Peta Alir

-Digunakan untuk menunjukkan urutan atau langkah suatu proses, kitaran, perkaitan dan urutan sesuatu konsep atau tajuk.


7. Peta Pelbagai Alir

-Digunakan untuk menilai atau menganalisis sesuatu konsep atau tajuk secara mendalam dan menghubungkaitkan dengan bahagian - bahagian berkenaan.


8. Peta Titi
-Digunakan untuk membuat dan mencari perhubungan antara sesuatu konsep dengan konsep yang lain. 

Comments